Sunday, 2 June 2013

my biz - part 1

Satu perkara yang paling sukar untuk kita lakukan ialah keluar dari rutin yang biasa kita lakukan. Kajian menunjukkan faktor usia memainkan peranan dalam menentukan keberhasilan seseorang di dalam menjejakkan kaki ke dunia bisnes ini. Saya yakin setiap orang mempunyai cita cita untuk bekerja sendiri atau memulakan bisnes sendiri.

So saya nak kongsi dengan rakan - rakan permulaan biz sye yang akan terus berkembang (kena sentiasa positif)..

VIETNAM..


bermula selangkah untuk saya tambah pendapatan serta keluar dari "zon selesa". saya banyak membaca serta mendengar pelbagai pengalaman biz dari ramai orang dan setelah ada keyakinan saya bermula pada Disember 2012 untuk lebih serius dalam biz. awal - awal dulu pada tahun 2010, saya suka dengan baju dan kasut kalau ada duit lebih saya akan peruntukkan sedikit dari hasil penat lelah untuk diri sendiri.. dari situ saya jatuh hati dengan baju kurung manik dari vietnam sebab murah dan cantik.. kemas lagi jahitanya. di Malaysia saya pernah hantar jahit dan beratus RM k..

lepas tu saya ditemukan dengan seorang kakak yang mengajar untuk saya mencuba berniaga bermodalkan 10 pasang baju. alhamdulilah dari 10 pasang meningkat kepada berpuluh2 pasang tetapi saya menghadapi masalah stok. apa yang saya cuba lakukan? xde asas ni hanya berlandaskan pembacaan serta pengalaman orang lain saya nekad ke Ho Chi Minh.
 
Alhamdulilah, di sana saya ditemukan dengan seorang hamba allah yang menjadi pembekal kepada peniaga2 di Malaysia, saya tawakal je sebab masa pegi ni seorang k xde siapa teman kebetulan pulak (Allah nak permudahkan ni) dia ajar saya selok belok berniaga.. berbekal sedikit modal, saya bawa balik 40kg barang ke Malaysia.
 
dalam minda masa dah bawa balik tu,macamana cara nak kembangkan biz selain internet (saya kurang ada masa nak FB).. jadi saya mulakan membaca lagi dari blog2 berkaitan perniagaan dan alhamdulilah sangat2 dalam masa seminggu baju2 dah terjual. dan saya merancang untuk teruskan biz dan mula mengajak beberapa teman yang berminat untuk sama2 buat biz..

rakan pertama yang nak join biz ni

 
masa ni dah pegi kali kedua dengan wife dia.. saya terharu bila dia kata
 "terima kasih sebab tunjukkan kami ruang untuk tambah pendapatan"

bagi saya Allah yang aturkan semua dan saya perlu berkongsi..

saya akan sambung perjalanan biz saya pada PART 2 K..

Ilmu pengetahuan itu bermanfaat apabila diamal dan dikongsi dengan orang lain. Ia menjadi sedekah paling baik.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Pembudayaan ilmu adalah warisan Rasulullah SAW yang tidak ternilai. Justeru, pelihara warisan ini serta marilah kita menyemarakkan budaya penerokaan ilmu dalam persekitaran kerja untuk manfaat diri dan organisasi.



 

0 comments:

Post a Comment