dalam hidup ini banyak perkara yang sukar untuk diluahkan dengan kata - kata.. ada ketika kita kena berfikir dgn dalam bila ingin membuat sesuatu keputusan.. risau ada hati yang terluka.
namun, sampai satu detik dan peringkat semua td kena diketepikan kerana hati dan diri sendiri lebih utama untuk diberi perhatian. sesungguhnya, kena menyayangi diri sendiri dahulu sebelum memikirkan tentang orang lain..
"love isn't there to make us happy. i believe it exists to show us how much we can endure"
kita pernah terluka, jatuh, sakit dan pelbagai perasaan yang dilalui dalam menempuhi kehidupan ini dan sudah pasti kegembiraan adalah saat indah yang semua orang mahu laluinya kalau blh setiap detik namun itu adalah mustahil.. 2 hati yang pernah berjanji untuk sentiasa ada saat suka dan duka juga mungkin akan berpisah samada perpisahan didunia ini atau telah sampai seru untuk kembali kepada - Nya..
apa yang nyata, kita perlu dan sentiasa menghargai orang disekeliling kita keluarga, anak, isteri dan sesiapa sahaja selagi diberi peluang. setiap pagi, ketika saya membuka mata semula, saya akan memeluk dan mencium kedua putera dan memanjat kesyukuran kerana masih berupaya membesarkan dan mendidik mereka.. alhamdulilah.
hidup ini bukan setakat menerima sahaja kalau mampu memberilah pada yang memerlukan. bukan duit sahaja jadi taruhan tetapi senyuman, kasih sayang serta perhatian mampu meredakan rawan dihati. indah hidup ini kalau kena pada cara kita melakar warna pada kanvas kehidupan, yakinlah bahawa akan sentiasa ada pelangi yang indah selepas turunnya hujan..







0 comments:
Post a Comment